
Kes COVID-19 di Poland kini mencecah 15,510
WARSAW, 9 Mei — Poland merekodkan 144 kes baharu COVID-19 sejak Jumat malam, menjadikan jumlah keseluruhan 15,510, kata Kementerian Kesihatan, lapor agensi berita Sputnik.
Seorang pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka korban setakat ini 777 orang.
Sejumlah 2,768 pesakit masih dirawat di hospital sementara 102,996 dikuarantin di rumah.
— BERNAMA
CATEGORIES E - Dunia