Kes kematian COVID-19 menurun 90 peratus sejak Feb – WHO

Kes kematian COVID-19 menurun 90 peratus sejak Feb – WHO

MOSCOW,. Kadar kematian akibat COVID-19 di peringkat global menurun hampir 90 peratus sejak Februari meskipun kadar ujian dan vaksinasi kekal rendah, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus.

“Hanya lebih 9,400 kematian COVID-19 dilaporkan kepada WHO minggu lalu.

“Angka itu 90 peratus kurang berbanding Februari tahun ini, dengan kadar kematian mingguan melebihi 75,000,” kata Tedros pada taklimat media pada Rabu.

Beliau berkata bahawa masyarakat antarabangsa telah mencapai beberapa kejayaan dalam memerangi pandemik COVID-19 tetapi masih terdapat ruang untuk penambahbaikan, dan kerajaan serta rakyat harus terus berwaspada.

“Kadar ujian dan penjujukan kekal rendah di peringkat global, jurang vaksinasi kekal luas, dan kewujudan varian baharu secara berterusan kekal membimbangkan.

“WHO terus menggesa orang ramai untuk berhati-hati, dan meminta orang ramai melengkapkan suntikan vaksin mereka,” kata ketua WHO itu.

Sehingga 9 November, sejumlah 630 juta kes COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, termasuk 6.5 juta kematian, menurut WHO.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )