Ketegangan geopolitik jejas ringgit dalam Ketegangan geopolitik jejas ringgit dalam dagangan awaldagangan awal

Ketegangan geopolitik jejas ringgit dalam Ketegangan geopolitik jejas ringgit dalam dagangan awaldagangan awal

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan lemah susulan peniaga beralih kepada mata wang Amerika Syarikat disebabkan ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.

Sehingga 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.1100/1140 berbanding dolar US daripada 4.0910/0950 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata ketegangan yang meningkat di Timur Tengah menjejaskan sentimen belian terhadap unit tempatan, susulan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera AS di Iraq.

“Peniaga bimbang ketegangan itu akan berlaruran dan memberi impak negatif ke atas minat pelabur untuk mengambil risiko pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0413/0454 daripada 3.0331/0369 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.8087/8135 daripada 3.7715/7759.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.3894/3955 daripada 5.3887/3956 dan rendah berbanding euro kepada 4.5868/5916 daripada 4.5750/5811.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This