Ketua PPBM Temerloh kembali menyertai UMNO

Ketua PPBM Temerloh kembali menyertai UMNO

Edit Oleh — Sheikh Kamal

 

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Tan Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar mengumum peletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Temerloh serta merta dan kembali ke pangkuan UMNO.

Dalam sidang medianya hari ini, beliau turut menyerahkan borang permohonannya untuk menyertai UMNO melalui Bahagian Paya Besar kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Mengikut portal UMNO Online beliau membuat keputusan untuk memilih kembali ke pangkuan UMNO kerana yakin dan percaya UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan orang Melayu dan Islam.

“Saya mengambil kesempatan pada petang untuk menyerahkan borang keahlian saya kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan saya memilih untuk menjadi ahli UMNO Bahagian Paya Besar.

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman Tajuddin Sulaiman dan juga bahagian Paya Besar atas kesudian menerima saya sebagal ahli UMNO bahaglan Paya Besar.”

Tegasnya, beliau menyokong penuh pendirian Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dalam isu Perlembagaan baru-baru ini yang mana telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat negara ini.

 

Sumber dan photo kredit – UMNO Online

 

CATEGORIES
TAGS
Share This