Kibar Jalur Gemilang semai semangat patriotik di kalangan masyarakat

Kibar Jalur Gemilang semai semangat patriotik di kalangan masyarakat

SANDAKAN,. Mengibar Jalur Gemilang seharusnya dijadikan budaya kehidupan dalam menyemai semangat patriotik dikalangan masyarakat.

Pegawai Penerangan Daerah Sandakan Geraldine Voo Yee Wen berkata dengan mengibarkan Jalur Gemilang akan menterjemahkan semangat patriotik cintakan negara.

“Ini akan melambangkan kita amat menghargai dan cintakan negara kita yang aman dan harmoni lebih-lebih lagi ketika negara masih berhadapan dengan pandemik COVID-19,” katanya selepas menyampaikan Jalur Gemilang kepada penduduk di PPR Taman Murni Batu 7.

Beliau berkata program kibar Jalur Gemilang ini adalah untuk menyemarakkan dan menggelorakan semangatkan cintakan negara.

“Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan serta kemerdekaan negara, pengibaran bendera Malaysia secara langsung mengajak orang di sekeliling untuk menjiwai erti kemerdekaan.

“Jabatan Penerangan Daerah Sandakan telah melawat beberapa tempat kawasan taman perumahan bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang bagi menaikkan semangat dan menggalakan mereka kibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis, kenderaan dan bangunan milik mereka,” katanya.

Geraldine memberitahu lebih 10 program telah dilaksanakan sejak program berkenaan dilancarkan.

“Dalam minggu ini, Jabatan Penerangan Daerah Sandakan akan melaksanakan enam program lagi kibar Jalur Gemilang dalam memastikan usaha menyemai semangat cintakan negara itu terus menjadi amalan kehidupan masyarakat kita,” katanya.

Beliau berharap masyarakat di taman perumahan mengibarkan Jalur Gemilang dalam usaha menyemai semangat patriotik yang tinggi dikalangan penduduk.

“Justeru, adalah wajar bagi setiap jawatankuasa penduduk mengibarkan Jalur Gemilang seperti yang dilakukan oleh di PPR Taman Murni ini,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This