Kisah Dari Pusat Kuarantin Sepanggar: Enam Jam Tiada Makanan

Kisah Dari Pusat Kuarantin Sepanggar: Enam Jam Tiada Makanan

KOTA KINABALU,. Tiada makanan, tiada penyeliaan pegawai kesihatan dan hanya diberi beberapa botol besar air mineral selepas hampir enam jam ditempatkan di Pusat Kuarantin di Sepanggar.

Begitulah seorang penuntut rakyat Sabah yang menghubungi Daily Express melalui WhatsApp menggambarkan tempat itu selepas ditempatkan di pusat kuarantin tersebut, awal Khamis.

“Saya dikuarantin pagi ini selepas kembali dari AS. Mereka memberikan kami botol air, tetapi tiada makanan. Mereka berkata mereka akan memberi kami makanan, tetapi mereka belum berikan sejak kami tiba pada waktu petang. Tidak ada penyeliaan kesihatan, hanya sekumpulan anggota bomba yang menjaga kami. Mereka mengunci semua pintu masuk ke bangunan, jadi ia hanya ibarat penjara buat masa ini,” kata penuntut itu yang tidak mahu namanya disiarkan.

Dia berkata apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), mereka mula-mula disaring dan diperiksa sama ada mereka mempunyai gejala.

“Mula-mula mereka membuat saringan, memeriksa sama ada kami mengalami gejala. Selepas itu, mereka yang mempunyai gejala ringan dihantar ke kawasan kuarantin lain, manakala mereka yang tidak mempunyai gejala dihantar ke politeknik (wanita) dan Akademi Bomba Sepanggar (lelaki),” katanya.

“Tetapi untuk menjawab soalan anda, ya, kami dihantar terus dari KKIA,” tambahnya.

Dia berkata di Pusat Kuarantin itu, dia berkongsi bilik dengan seorang lain.

“Terdapat dua katil di ruang tamu. Dua orang lagi mempunyai bilik sendiri. Saya berkongsi dengan seorang lagi.”

Mengenai kemudahan yang disediakan di unit itu, dia berkata, “Lampu dan kipas, bantal, cadar, dan serbuk pencuci kain (tanpa arahan di mana bilik cuci pakaian) dan almari. Itu saja.”

Dia berkata bekalan air juga merupakan isu di pusat itu.

“Salah seorang anggota bomba memberitahu kami bahawa air paip mungkin menjadi isu.

“Sudah kira-kira lima hingga enam jam; tidak ada makanan, hanya beberapa botol air mineral yang besar dan tidak ada pegawai kesihatan pun,” katanya.

Difahamkan bahawa mereka akhirnya mendapat bungkusan makanan berupa nasi putih, ikan goreng dan sayuran pada kira-kira pukul 6 petang.

Beliau juga menyediakan beberapa gambar yang diambil dari dalam unitnya yang termasuk lipas mati di kaunter dapur.

Sama ada dia fikir ini adalah cara yang betul untuk melayan seseorang di bawah kuarantin, dia berkata, “Bagi saya, tidak. Anda tidak cukup prihatin terhadap kesejahteraan mereka yang dikuarantin.”

“Maksud saya, sekurang-kurangnya kami mengharapkan tempat yang bersih. Sebaliknya, kami mendapat tempat yang kotor. Anda membiarkan orang-orang yang bimbang mengenai keadaan ini berada dalam keadaan tertanya-tanya. Ia seolah-olah tiada perancangan,” katanya.-Harian Ekspress

CATEGORIES
TAGS
Share This