KKM luluskan pemanjangan cuti tugas khas perubatan, cuti Tibi pegawai perubatan kontrak

KKM luluskan pemanjangan cuti tugas khas perubatan, cuti Tibi pegawai perubatan kontrak

KUALA LUMPUR,. Kerajaan bersetuju meluluskan kemudahan cuti tugas khas perubatan dan cuti Tibi kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata pemakluman mengenai kelulusan pemanjangan kemudahan ini telah diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada 27 Dis lepas.

“Pemakluman itu menjelaskan kelulusan dan pelaksanaan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Shafiq berkata selaras dengan pemakluman itu, surat edaran telah pun dikeluarkan bagi menjelaskan kelulusan dan pelaksanaan kemudahan cuti tersebut kepada semua Ketua Jabatan di bawah Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter HartalDoktorKontrak mempersoalkan berhubung kemudahan cuti bagi penyakit-penyakit berkenaan kepada pegawai perubatan kontrak.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This