KKMM, GAPENA jalin kerjasama bantu hasil produk seni tempatan berkualiti
PUTRAJAYA,. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menjalin kerjasama dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), dalam usaha membantu penggiat industri seni tempatan memperkaya hasil produk seni mereka, kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata GAPENA, yang mempunyai kepakaran dalam penulisan dan kebudayaan berteraskan bahasa Melayu, akan memainkan peranan untuk menasihati KKMM dari segi penghasilan kandungan bahan digital, dan membantu para karyawan menghasilkan bahan seni seperti lirik lagu, skrip drama dan filem serta animasi, menerusi penganjuran bengkel dan seminar.
“Kerjasama dengan GAPENA ini bukanlah untuk mengeluarkan panduan ‘ri-gid’ atau peraturan baharu kepada penggiat seni, tetapi GAPENA akan membantu mereka mendapatkan input-input seni kebudayaan,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan sesi libat urus secara maya, bersama Ketua Satu GAPENA Datuk Zainal Abidin Borhan semalam.
Saifuddin berkata, jalinan kerjasama tersebut akan di-meterai secepat mungkin dan akan melibatkan beberapa siri perbincangan di antara pihak KKMM dan GAPENA.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan yang dianjurkan oleh GAPENA, akan dijadikan sebagai salah satu program rasmi bagi pengisian sambutan Bulan Kemerdekaan, pada tahun ini.
“Kita tidak tahu sama ada sambutan kemerdekaan pada tahun ini akan diadakan secara biasa atau dalam talian, namun kita kena bersedia untuk kedua-dua kemungkinan.
“Bagaimanapun perancangan program sayembara ini adalah ia akan dirakam untuk disiarkan kepada orang ramai, menerusi platform dalam talian dan stesen televisyen tempatan sepan-jang bulan kebangsaan,” katanya.
— Bernama