KKMM teliti SOP aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB

KKMM teliti SOP aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menerima permohonan daripada pelbagai persatuan bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan aktiviti penggambaran sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Susulan itu, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Khamis telah membawa cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti penggambaran sepanjang tempoh ini.
Menerusi satu kenyataan, KKMM memaklumkan kesemua SOP telah diteliti oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Bagaimanapun, pelaksanaan SOP berkenaan akan diputuskan dalam masa terdekat, iaitu setelah meneliti impak pelaksanaan PKPB dan kesan pembukaan semula operasi sektor ekonomi.
“KKMM akan sentiasa berusaha bagi memastikan Industri Kreatif terus berkembang pesat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” kenyataan itu menyebut.

CATEGORIES
Share This