Klopp salahkan bola pula

LONDON,. Jurgen Klopp menyalahkan bola yang digunakan pada aksi Piala FA menjadi punca Adrian melakukan kesilapan ‘bodoh’ sebelum tewas 2-0 di tangan Chelsea, awal pagi tadi.

Willian terlebih dahulu meledak gol pertama apabila percubaannya gagal ditangkap kemas Adrian sebelum menerjah gawang pada minit ke-13.

“Untuk gol pertama itu, kami kehilangan bola dalam jarak 16-17 meter di hadapan gol?

“Ciri spesifik yang ada pada bola itu dan teknik sepakan Willian menjadikan ia sukar untuk ditangkap walaupun sebelum itu dia (Adrian) berjaya menyelamatkan percubaan sukar.”

Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menggunakan bola Nike Merlin yang memiliki ciri ‘Aerowtrack’ bagi memudahkan ia melayang sementara Piala FA menggunakan Mitre Delta Max FA.

Ini bukan kali pertama Klopp menggunakan alasan ‘pelik’ atas kekalahan pasukannya kerana pada Disember 2015, dia menyalahkan ‘angin ekstrem’ di Liverpool menyukarkan dia menerapkan falsafah ‘Gegenpressing.’

Dia terus menyalahkan angin apabila tewas separuh akhir Piala Liga di tangan Southampton pada Januari 2017.

Pada Januari 2018 pada aksi Piala FA, dia menyalahkan kekalahan pasukannya kepada penyiar BT Sport dan pada April 2018 pula, kekalahan di tangan West Brom menyaksikan dia menyalahkan permukaan padang yang kering. -Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )