Kontrak niaga hadapan KLCI dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai.

Pada 9.44 pagi ini, kontrak Februari 2020 dan September 2020 masing-masing susut lima mata kepada 1,536.50 dan 1,522.50 manakala Mac 2020 turun 4.5 mata kepada 1,528.50 dan Jun 2020 susut lapan mata kepada 1,523.

Jumlah dagangan sebanyak 1,019 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 36,430 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI turun 2.97 mata kepada 1,534.15 selepas 46 minit dagangan dijalankan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )