Kontrak niaga hadapan KLCI dibuka tinggi
KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan pasaran tunai yang lebih baik.
Pada 9.25 pagi, Februari 2020 dan Mac 2020 masing-masing naik 9.5 mata kepada 1,546.60 dan 1,539.00, Jun 2020 menokok 9.0 mata kepada 1,536.50 dan September 2020 meningkat 6.5 mata kepada 1,530.50.
Jumlah dagangan sebanyak 1,135 lot manakala kepentingan terbuka pada 33,909 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 9.55 mata kepada 1,5546.34 selepas 25 minit dagangan.
— BERNAMA
CATEGORIES D - Business & Ekonomi