Korban nahas kereta api di selatan Pakistan meningkat kepada 36 orang

Korban nahas kereta api di selatan Pakistan meningkat kepada 36 orang

ISLAMABAD,. Angka korban nahas kereta api penumpang di wilayah Sindh, selatan Pakistan, meningkat kepada 36 orang, memetik media dan pegawai tempatan.

Pegawai Pengangkutan Kereta Api Pakistan Sukkur Sajjad Wagho berkata nahas itu membabitkan kereta api Millat Express dan Sir Syed Express, lapor Agensi Berita Xinhua.

Media tempatan melaporkan jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Menurut seorang penumpang beberapa orang masih terperangkap di dalam gerabak yang hancur.

Insiden itu berlaku di laluan antara Stesen Kereta Api Raiti dan Obaro di daerah Ghotki.

Nahas berlaku selepas Millat Express yang dalam perjalanan ke timur bandar Sargodha, Karachi bertembung dengan Sir Syed Express menghala ke Karachi dari Rawalpindi.

Hospital di daerah itu berada di bawah perintah darurat berikutan penularan wabak COVID-19.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )