Koronavirus: 69 kes kematian baharu dicatat di Hubei

HUBEI,.China/ Sejumlah 69 kematian baharu direkodkan di wilayah Hubei, China pada Khamis akibat jangkitan wabak koronavirus.

Ia sekali gus menjadikan angka kematian di wilayah yang menjadi pusat penyebaran wabak tersebut meningkat kepada 618 mangsa.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan wilayah Hubei, sebanyak 2,447 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah terkini adalah 22,112 kes positif.

Kes baharu yang dilaporkan di wilayah itu menunjukkan penurunan berbanding laporan sebelum ini sebanyak 2,987 kes.
Pada Rabu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan di Beijing melaporkan penurunan dalam kes baharu iaitu 3,694 berbanding 3,887 pada Selasa.

Setakat Khamis, jumlah kes di seluruh negara masih belum dimaklumkan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )