Koronavirus: Angka kematian meningkat kepada 907

CHINA,. Melapurkan Sejumlah 92 kematian lagi direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan angka korban akibat koronavirus di China seramai 905.

Peningkatan angka kematian di China itu menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban akibat virus berbahaya tersebut 907 di seluruh dunia.

Dua kematian di luar China adalah di Filipina dan Hong Kong.

Menurut data yang dikeluarkan Jawatankuasa Kesihatan Kebangsaan China, di wilayah Hubei sahaja, sebanyak 871 kematian direkodkan, manakala Henan dan Heilongjiang masing-masing mencatatkan enam kematian serta tiga kematian di Hainan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )