Koronavirus: BPMB sedia bantu perniagaan pelanggan yang terjejas

KUALA LUMPUR,. Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) menawarkan untuk membantu pelanggannya yang mengalami operasi perniagaan terjejas mungkin dari segi kewangan berikutan penularan jangkitan novel koronavirus 2019.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail berkata pihaknya akan meneroka kaedah untuk menyokong mereka yang terjejas, dengan mengambil kira keadaan tertentu yang dihadapi pelanggan.
“Memandangkan keadaan semula jadi virus itu yang pantas menular selain menyedari gangguan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan global mungkin memberi kesan kepada sesetengah pelanggan kami, jadi, kami bersedia menyediakan bantuan sekiranya keperluan itu timbul,” menurut BPMP dalam kenyataan pada Isnin.

BPMB, yang dimiliki Menteri Kewangan (Diperbadankan), telah diberikan mandat untuk menyediakan pembiayaan jangka sederhana dan panjang kepada sektor strategik negara.
Ia termasuk menyediakan pembiayaan kepada perusahan kecil dan sederhana, termasuk pihak yang terlibat dalam pembuatan, pembinaan, pembekalan, pengangkutan, pertanian, hospitaliti dan teknologi maklumat.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )