Kuali meletup ketika pesta makanan, seorang wanita maut

FREUDENBERG,. Seorang wanita disahkan maut akibat melecur teruk selepas sebuah kuali meletup ketika berlangsungnya pesta makanan Backesfest di Jerman.

Menurut pihak berkuasa, insiden turut mencederakan 14 penduduk kampung yang menyertai festival itu.

Lima mangsa dilaporkan kritikal dengan empat mengalami kecederaan akibat melecur, manakala seorang mangsa terkena serangan jantung ketika letupan itu berlaku di Freudenberg.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan ia mungkin mengambil tempoh beberapa hari.

Backesfest merupakan festival tahunan yang disambut bagi meraikan permulaan operasi pastri di kampung tersebut.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )