Lahir Anak Lepas Sejam Umum Hamil

Lahir Anak Lepas Sejam Umum Hamil

BANDUNG,. Seorang wanita di Tasikmalaya melahirkan bayi lelaki dalam tempoh satu jam selepas dia mengumumkan dirinya hamil kepada keluarga dan jiran, Sabtu lalu.

Wanita bernama Heni itu selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Lingga Cipta Radeva walaupun tidak menyedari dirinya berbadan dua.

Tribunnews melaporkan, kisah kehamilan dan kelahiran yang berlaku pada Heni ternyata mengejutkan ahli keluarga dan jirannya kerana dia tidak kelihatan seperti sedang hamil.

Kisah mengenai ‘kelahiran tanpa hamil’ itu dikongsi oleh Taufik Romdoni menerusi Facebook (FB) sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Menerusi hantaran di FB, Taufik memaklumkan dia menerima perkhabaran Heni disahkan hamil, namun melahirkan bayi lelaki dalam tempoh satu jam kemudian.

Dalam temu bual bersama Heni, wanita itu mengakui tidak menyedari dirinya hamil kerana tiada sebarang petanda kehamilan seperti dialami wanita lain.

Namun pada malam Sabtu lalu, Heni mengalami kesakitan pada perutnya sebelum mengesahkan dirinya hamil.

“Ketika hamil ini saya masih datang bulan. Sebab itu saya tidak menyedari sedang hamil,” katanya. menerusi rakaman video di FB.- Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This