Lancar Fintech Express, MasterCard jemput syarikat Malaysia untuk kerjasama

Lancar Fintech Express, MasterCard jemput syarikat Malaysia untuk kerjasama

SINGAPURA,. MasterCard hari ini melancarkan perkhidmatan terbaharu mereka, Fintech Express yang membolehkan syarikat-syarikat teknologi kewangan (fintech) untuk membina produk dan perkhidmatan mereka dengan menggunakan servis MasterCard.

Syarikat Fintech pertama yang menggunakan Fintech Express adalah Rapyd iaitu sebuah syarikat pembayaran digital berpusat di Singapura.

Menurut MasterCard, mereka kini sedang giat menjemput ramai pemain industri ini untuk menjalin kerjasama.

“Kami tidak mempunyai sasaran yang kukuh, tetapi kami ingin mendapat tiga hingga lima pemain Fintech dari seluruh Asia Pasifik untuk menjadi rakan kongsi MasterCard melalui program Fintech Express,” kata Naib Presiden Eksekutif MasterCard, Rama Sridhar di majlis pelancaran program ini.

Pada majlis berkenaan MasterCard mengumumkan Rapyd sebagai syarikat Fintech pertama yang menyertai program MasterCard Fintech Express ini.

Menurut Rapyd, tujuan mereka menyertai program MasterCard merupakan langkah yang bijak kerana mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi pelanggan mereka.

“Membina penyelesaian pembayaran kewangan oleh kami untuk pelanggan kami disegerakan dan dibolehkan oleh MasterCard melalui penyertaan kami dalam program Fintech Express ini,” kata Naib Presiden Asia Pasifik Rapyd, Joel Yarbrough.

Rapyd sebelum ini telah bekerjasama dan mempunyai beberapa pelanggan di Malaysia termasuk GrabPay dan lain-lain lagi.

Rapyd membolehkan pelanggan mereka mencipta token digital, akaun maya, pembayaran digital dan lain-lain kerana mereka menggunakan sistem MasterCard sebagai tunjang perkhidmatan mereka.

MasterCard mempelawa lebih ramai lagi pemain Fintech untuk menyertai program ini.

“Kelulusan pihak berkuasa, seperti Bank Negara Malaysia sangat penting untuk kami. Kami sedia membantu pelanggan kami untuk mendapat kelulusan yang sewajarnya sebelum mereka mampu bekerjasama dengan kami.

“Namun begitu, kami yakin pelbagai kerjasama dapat dibina melalui persefahaman bersama yang mampu dicapai diantara permintaan industri dengan pemain sektor ini,” tambah Rama lagi.

MasterCard mengumumkan bahawa mereka sedia menerima permintaan baharu dari syarikat-syarikat Fintech di Malaysia sekarang

CATEGORIES
TAGS
Share This