Lawatan Kerja ke Singapura: Menteri Dalam Negeri Tinjau Sistem Pengawalan Sempadan

Lawatan Kerja ke Singapura: Menteri Dalam Negeri Tinjau Sistem Pengawalan Sempadan

Singapura, 14 November – Dalam lawatan kerja ke Singapura semalam, Menteri Dalam Negeri Malaysia, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail melawat Woodlands Checkpoint dan sistem Rapid Transit System (RTS) Northbound di Woodlands. Lawatan ini bertujuan mendalami operasi kawalan sempadan di negara jiran tersebut.

Delegasi Malaysia turut diberi taklimat oleh pihak Immigration and Checkpoints Authority (ICA) serta RTS mengenai sistem pengawalan sempadan yang digunakan di Singapura. Taklimat itu merangkumi pendekatan teknologi dan prosedur yang diterapkan untuk memastikan aliran keluar-masuk yang cekap dan selamat di pintu masuk utama negara tersebut.

Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama Malaysia-Singapura dalam pengurusan sempadan, terutama bagi mengatasi cabaran kesesakan dan meningkatkan mobiliti rakyat antara kedua-dua negara.

#MalaysiaMadani
#MDNReformImigresen
#MDN4NationSecurity

Sumber

CATEGORIES
TAGS
Share This