Lebih 220 anggota polis Filipina dijangkiti COVID-19

ANKARA, 9 Sept — Sekurang-kurangnya 223 lagi anggota polis disahkan positif COVID-19 di Filipina, menurut agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Filipina.

Jumlah jangkitan dalam kalangan anggota polis kini mencecah 4,785, termasuk 16 kematian dan 3,135 pemulihan.

Negara ini menjadi negara paling teruk dijangkiti COVID-19 di kalangan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.

Terdapat 3,281 kes baharu yang dilaporkan di negara ini pada Selasa, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 241,987, menurut Kementerian Kesihatan.

Sekurang-kurangnya 3,916 pesakit telah meninggal dunia setakat ini, manakala185,178 telah pulih.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )