Lebih 400 pengusaha spa, urutan kaki terima bantuan ‘one-off’ RM1,000 – MOTAC

Lebih 400 pengusaha spa, urutan kaki terima bantuan ‘one-off’ RM1,000 – MOTAC

PUTRAJAYA,. Lebih 400 pengusaha spa dan pusat urutan kaki disasarkan menerima bantuan kewangan RM1,000 secara sekali beri atau ‘one-off’ menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata kesemua mereka adalah pengusaha spa dan pusat urutan kaki yang bernaung di bawah persatuan yang diiktiraf MOTAC iaitu Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) serta Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia (MAWSPA).

Pengusaha yang layak boleh memohon secara dalam talian di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa mulai esok sebelum permohonan ditutup pada 6 September ini.

“MOTAC menyeru semua pengusaha spa dan pusat urutan kaki yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini bagi meringankan beban yang dihadapi akibat pandemik C0VID-19,” menurut kenyataan itu.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 400 pengusaha spa bernaung di bawah AMSPA dan 269 pengusaha pusat urutan kaki di bawah MAWSPA.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )