Lebih 7.5 juta dos vaksin diberikan setakat semalam

Lebih 7.5 juta dos vaksin diberikan setakat semalam

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 7,593,179 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata jumlah penerima dos pertama ialah 5,463,128 orang dan daripada jumlah itu, 2,130,051 orang telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 197,274 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 275,098 orang, diikuti Sarawak (240,232), Johor (224,441), Perak (195,469) dan Sabah (180,825).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )