Lebih 8,000 penjawat awam di Pulau Pinang wajib dibanci secara e-Census

Lebih 8,000 penjawat awam di Pulau Pinang wajib dibanci secara e-Census

GEORGE TOWN,. Lebih 8,000 penjawat awam di Pulau Pinang akan dibanci menggunakan kaedah e-Cencus bermula 7 Julai hingga 30 Sept ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Abdul Razak Jaafar.

Beliau berkata dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 hari ini, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk mewajibkan semua penjawat awamnya dibanci secara dalam talian.

“Petugas agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menggunakan e-Census kerana ia lebih cepat, mudah dan lebih menjimatkan kos lantikan penyelia dan pembanci,” katanya pada sidang media di sini.

Fasa pertama bancian bermula Selasa ini dengan menggunakan kaedah pengumpulan data secara dalam talian manakala fasa kedua mulai 7 Okt, data dikumpul secara bersemuka.

Menurutnya seramai 3,453 penjawat awam kerajaan negeri, PBT (4,698 orang), badan berkanun negeri (402 orang) dan selebihnya kakitangan GLC dan anak-anak syarikatnya akan mewakili sehingga 40,000 isi rumah daripada keseluruhan 1.8 juta penduduk Pulau Pinang.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This