![Lebih sukar jika ada Messi – Jurgen Klopp Lebih sukar jika ada Messi – Jurgen Klopp](https://thenusantaradaily.com/wp-content/uploads/2020/08/Jurgen-Klopp-press-conference-Atletico-Madrid-vs-Liverpool-Champions-League-2020-e1598669199868.jpg)
Lebih sukar jika ada Messi – Jurgen Klopp
LIVERPOOL,. Jurgen Klopp memberi amaran bahawa peluang Liverpool untuk mengekalkan gelaran akan terancam jika Manchester City berjaya mendapatkan Lionel Messi.
City dikatakan semakin hampir bersetuju dengan bayaran £1.4 juta seminggu (RM7.79 juta) dengan bintang Barcelona itu membabitkan gaji, yuran pembelian, bonus dan hak imej.
Masih ada cara untuk memujuknya keluar daripada Nou Camp.
Tapi bos Reds itu berkata: “Messi pasti akan membantu Manchester City dan ia akan menjadikan ia lebih sukar untuk menewaskan mereka, yang kini juga sudah sukar.”
Klopp yang akan membawa pasukannya berdepan juara Piala FA, Arsenal pada Perisai Komuniti malam ini, tidak begitu yakin City mahu melakukannya.
Katanya: “Untuk Liga Perdana, adalah hebat untuk memiliki pemain terbaik dunia dalam liga.
“Saya tidak yakin Liga Perdana perlukan suntikan tetapi ia pasti membantu, itu pasti.
“Sangat menarik untuk disaksikan kerana Messi tidak pernah bermain di liga lain selain Sepanyol.
“Bola sepak di sini berbeza. Saya mahu melihatnya tetapi saya tidak pasti sama ada boleh melihatnya.” – Agensi