
Lelaki tempatan didakwa bersalah miliki telur penyu
KOTA KINABALU,. Seorang lelaki warga tempatan didapati bersalah kerana memiliki telur penyu oleh Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Elsie Primus.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM200,000 jika tidak dipenjara selama dua tahun mengikut Jadual 1 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.
WWF-Malaysia memuji tindakan mahkamah di Sabah yang menggunakan garis panduan ini berikutan perdagangan haram dianggap sebagai jenayah serius serta menghalang kelangsungan hidup spesies terancam termasuk penyu laut sebagai haiwan yang unik.
Ketua WWF-Malaysia Monique Sumampouw berkata pada Jun 2019, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Seri Panglima David Dak Wah ketika itu melancarkan garis panduan untuk jenayah hidupan liar dan ianya disokong oleh WWF-Malaysia dalam meningkatkan lagi hukuman terhadap kesalahan alam sekitar di Sabah.
“Berdasarkan laporan TRAFFIC, ‘Penilaian cepat mengenai perdagangan penyu laut di Indonesia, Malaysia dan Vietnam’, yang diterbitkan pada tahun 2019 menunjukkan sejumlah 129 kes telur penyu laut dirampas di Sabah antara tahun 1999 dan 2017.
“Laporan itu juga menyetakan Penyu Ridley hijau, elang dan zaitun dilindungi sepenuhnya mengikut Jadual 1 WCE 1997 Sabah,” katanya.
Menurutnya pihak berkepentingan perlu memastikan kelangsungan hidup penyu laut Sabah, termasuk penyu hawksbill yang terancam.
“Dengan habitat yang pelbagai, penyu ini terancam semasa sama ada bersarang, mencari makanan atau bermigrasi di sepanjang pantai dan perairan Sabah, penyu laut ini diancam oleh pelbagai ancaman manusia.
“Penyu hijau membantu menjaga hidupan rumput laut manakala penyu helang membantu menjaga terumbu karang dan kawasan ini berpotensi untuk meningkatkan produktiviti habitat ini.
“Hidupan ini juga memainkan peranan penting dalam menjaga ekosistem laut yang sihat dan seterusnya menyumbang kepada kelangsungan hidup manusia dalam jangka masa panjang,” katanya.