
Lelongan sukuk US$600 juta IILM dapat sambutan
KUALA LUMPUR,. International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM) menyelesaikan lelongan dengan menerbitkan dua Sukuk jangka pendek bertaraf A-1 sebanyak US$600 juta (US$1 = RM4.33).
Lelongan itu menerima tempahan dalam tangan melebihi US$1.17 bilion, dengan purata nisbah bidaan kepada perlindungan untuk dua peringkat kepada 195 peratus. Lebih 40 pesanan daripada pelbagai pelabur, mendapat peruntukan di semua tenor dari rantau Asia ke Majlis Kerjasama Teluk dan Eropah.
“Sukuk US$300 juta satu bulan itu menawarkan kadar keuntungan sebanyak 0.33 peratus, sementara sukuk US$300 tiga bulan menawarkan 0.50 peratus, jatuh pada paras rendah dan panduan awal harga masing-masing bagi siri satu bulan dan siri tiga bulan,” katanya.
Walaupun cabaran dikaitkan dengan wabak coronavirus, kejatuhan harga minyak dan kurang keterlihatan pada bulan yang akan datang, IILM tetap komited untuk menawarkan beberapa pelaburan jangka pendek untuk menyediakan kertas berkualiti tinggi patuh Shariah kepada pasaran.
Program sukuk jangka pendek IILM itu diberi penarafan A-1 oleh Standard & Poor’s. Jumlah terkumpul sukuk IILM ialah US$2.51bilion, dengan nisbah diniagakan Syariah sebanyak 71 peratus aset ketara.
— BERNAMA