Leno, Arteta puji persembahan Saka

Leno, Arteta puji persembahan Saka

LONDON,. Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno, memuji Bukayo Saka di atas bantuan jaringannya ketika membantu pasukan menang 1-0 ke atas Olympiacos, menyifatkan pemain berusia 18 tahun itu luar biasa sementara pengendali pasukan, Mikel Arteta, memuji dia seorang yang berani.

Saka menikmati musim pertama bersama The Gunners, membuat penampilan yang ke-25 dalam aksi pusingan 32 Liga Europa.

Pemain muda itu, turun selaku pertahanan kiri, membuat lorongan yang cemerlang buat Alexandre Lacazette untuk menyempurnakan jaringan kemenangan di Piraeus.
Ia merupakan bantuan jaringan yang kesembilan sepanjang pertandingan dan kelima dalam saingan Liga Europa, paling banyak dalam kejohanan tersebut.

Persembahan Saka baru-baru ini telah berjaya menarik banyak pujian, dan Leno turut kagum dengannya.
“Bukayo seorang pemain yang luar biasa dan berharap dapat kekal bersama Arsenal,” kata Leno kepada BT Sport.

“Dia seorang pemain yang penting dan hantarannya hari ini sangat baik untuk Lacazette menjaringkan gol. Kami gembira di sebalik kelebihan yang diraih, jaringan di tempat lawan dan kami mahu mengatasi mereka sekali lagi dan melangkah ke pusingan seterusnya.”

Apa yang meningkatkan lagi perkembangan Saka adalah dia diminta untuk beraksi di bahagian pertahanan dan Arteta percaya dia telah bertindak balas dengan baik di sebalik perubahan itu.

“Kami menurunkannya dalam posisi untuk dikelilingi pemain-pemain yang sesuai dengan corak permainannya, dia bukanlah seorang pemain pertahanan kiri,” kata Arteta kepada BT Sport.

“Dia bertindak balas dengan baik dan seorang pemain yang berani ketika melakukan keputusan. Banyak peluang yang terhasil menerusinya dan saya berpuas hati dengan persembahan pemain itu.”

CATEGORIES
TAGS
Share This