Leong Hup International ambil alih The Baker’s Cottage

Leong Hup International ambil alih The Baker’s Cottage

KUALA LUMPUR,. Pengeluar ternakan serantau, Leong Hup International Bhd (LHI) mengambil alih seluruh kepentingan ekuiti dalam pengeluar dan pengedar makanan, The Baker’s Cottage Sdn Bhd (TBC) dengan nilai RM17.94 juta.

Anak syarikat milik penuhnya, Leong Hup (M) Sdn Bhd membeli 43.43 juta saham daripada Emerging Glory Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Pengerusi Eksekutif LHI Lau Chia Nguang, saudaranya dan anak saudara mereka yang turut menganggotai Lembaga Pengarah LHI, menurut syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Leong Hup (M), melalui anak syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd, turut memeterai perjanjian hari ini untuk mengambil alih perniagaan roti jenama TBC daripada Astaka Shopping Centre (Muar) Sdn Bhd dengan nilai RM1.53 juta dan perniagaan runcit TBC dimiliki dan dikendalikan oleh Poly-Yarn Industries Sdn Bhd dengan nilai RM862,126.

Astaka memiliki dan mengendalikan enam cawangan di Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan manakala Poly-Yarn Industries memiliki dan mengendalikan tiga cawangan di Selangor.

“Cadangan tersebut akan membolehkan LHI memiliki jenama Bakers Cottage dan menyepadukan penurunan secara vertikal untuk meraih nilai tambah daripada jualan produk berkaitan ternakannya dan menawarkan kestabilan margin semasa ketidakseimbangan penawaran-permintaan ayam daging hidup,” menurut LHI.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )