Lepasan SPM boleh semak kemasukan lanjut pengajian diumumkan hari ini

Lepasan SPM boleh semak kemasukan lanjut pengajian diumumkan hari ini

KUALA LUMPUR,. Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menyemak keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Senibina UiTM Sesi Akademik 2021/2022 diumumkan 16 Julai 2021.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan, semakan keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

“Semakan boleh dibuat menerusi pautan https://jpt.utm.my ii. http://jpt.uum.edu.my iii. https://jpt.unimas.my iv. https://jpt.ums.edu.my v. http://jpt.umt.edu.my

“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 17 Julai hingga 26 Julai ini di laman web IPTA dan ILKA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 17 Julai ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 17 Julai hingga 26 Julai 2021 di laman web IPTA dan ILKA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 17 Julai 2021 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan.

“Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program Sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai 16 Julai 2021 sehingga 26 Julai 2021,”katanya.

Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian 03-8870 6765/ 6769/ 6121/ 6829/ 6751/ 6774 atau emel ke [email protected] atau laman sosial Facebook, KEMASUKAN BPKP JPT atau Instagram, @KEMASUKANBkpa

CATEGORIES
TAGS
Share This