Liga Juara-Juara, Liga Europa tak terjejas

Liga Juara-Juara, Liga Europa tak terjejas

PARIS,. UEFA ‘yakin’ peringkat akhir Liga Juara-Juara dan Liga Europa akan diteruskan tanpa masalah walaupun terdapat kes terkini membabitkan coronavirus di Real Madrid dan Sevilla, kata jurucakap kepada AFP, hari ini.

Real yang mengumumkan penyerang Mariano Diaz positif ujian COVID-19, Selasa lalu akan beraksi di Manchester City pada perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, 7 Ogos ini.

Sevilla yang mengatakan bahawa pemain mereka yang tidak disebut namanya dijangkiti virus itu, akan menentang Roma di pusingan 16 terakhir Liga Europa.

“Kami yakin kes ini tidak akan mempengaruhi perlawanan yang dimaksudkan, di Manchester dan Duisburg,” kata jurucakap itu.

“UEFA berhubung dengan Real Madrid dan Sevilla FC dan memantau dua situasi serta keputusan pihak berkuasa Sepanyol.”

City mendahului Madrid 2-1 selepas aksi pertama di Santiago Bernabeu yang berlangsung pada Februari lalu.

– AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This