Lima pekerja McDonald’s Singapura didiagnosis dengan COVID-19

Lima pekerja McDonald’s Singapura didiagnosis dengan COVID-19

SINGAPURA,. McDonald’s Singapura hari ini mengumumkan lima pekerjanya telah didiagnosis dengan COVID-19.

Lima pekerja itu bekerja di empat cawangan berbeza iaitu dua bekerja di McDonald’s LIDO, dan tiga lagi masing-masing bekerja di Forum Galleria, Parklane dan Geylang East Central.

“Kami memandang serius perkara ini dan mengawasinya dengan teliti dan kami memberikan sokongan dan bantuan kepada pekerja yang terjejas untuk membantu pemulihan mereka,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Singapura Kenneth Chan, dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semua pekerja di empat cawangan restoran itu telah diasingkan dan diminta menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

McDonald’s Singapura berkata pekerja yang terjejas itu kini menjalani rawatan di fasiliti perubatan.

Kenyataan itu juga berkata sejajar dengan garis panduan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, kesemua empat restoran itu telah dinyahjangkit dan ditutup sehingga notis selanjutnya.

— BERNAMA

Oleh Massita Ahmad

CATEGORIES
TAGS
Share This