Lukaku terus temui sentuhan gol

Lukaku terus temui sentuhan gol

DUSSELDORF, Jerman,. Romelu Lukaku melebarkan rekod jaringannya dalam Liga Europa apabila dia meledak gol ke-10 berturut-turut ketika Inter Milan menang 5-0 mengatasi Shakhtar Donetsk pada separuh akhir awal pagi tadi.

Penyerang Belgium itu menjaringkan dua gol lewat babak kedua ketika Inter mara ke final Eropah pertama sejak menang Liga Juara-Juara 2010 di bawah Jose Mourinho.

Mereka akan berdepan Sevilla untuk gelaran pada awal pagi Sabtu di Cologne.

“Pada ketika semuanya berlangsung dengan baik, kami terus bertarung. Rekod wujud untuk dipecahkan tetapi kami mahu menang,” kata Lukaku kepada BT Sport. “Kami perlu menyediakan diri kami dengan sangat bagus, segera pulih dan bermain sekali lagi.

“Pasukan beraksi baik dan semua melakukan yang terbaik. Kami bekerja keras di kem. Ia mencabar tetapi anda boleh lihat keputusan kerana kerja keras itu. Kami mahu terus melakukannya.”

Lukaku menambah jaringannya pada musim sulung bersama Inter kepada 33 gol, hanya satu kurang berbanding catatan Ronaldo pada musim pertama ketika pemain Brazil itu mengetuai Nerazzurri meraih Piala UEFA pada 1997/98. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This