Malaysia sedia peluang SDG bernilai AS$35 bilion bagi sektor swasta

Malaysia sedia peluang SDG bernilai AS$35 bilion bagi sektor swasta

KUALA LUMPUR,. Malaysia menyediakan AS$35 bilion (AS$1=RM4.1) daripada jumlah hampir AS$10 trilion peluang bagi pelabur sektor swasta di semua pasaran sedang pesat membangun untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“The Opportunity2030: The Standard Chartered SDG Investment Map“ telah mengenal pasti peluang-peluang buat sektor swasta untuk menyumbang kepada tiga matlamat bertumpukan pada prasarana sehingga 2030.

Kajian tersebut telah menetapkan sasarannya iaitu air bersih dan kebersihan, tenaga dan industri bersih dan berpatutan, inovasi dan prasarana di pasaran sedang pesat membangun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Abrar A. Anwar berkata sebagai ekonomi yang agak maju dengan prospek pertumbuhan kukuh, Malaysia merupakan destinasi menarik bagi pelabur.

“Kerajaan komited kepada Matlamat Pembangunan Mampan PBB menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan memberikan penekanannya kepada penyertaan sektor swasta untuk mencapai SDG,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Malaysia, peluang terbesar SDG didapati dalam SDG 9, yang menggalakkan peningkatan dalam industri, inovasi, dan prasarana.

Sementara itu, peluang kedua terbesar bagi pelabur sektor swasta pula adalah dalam meningkatkan tahap penggunaan digital Malaysia.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This