Mane mahu kekal di Anfield

Mane mahu kekal di Anfield

LIVERPOOL,. Sadio Mane menepis kebimbangan Jurgen Klopp apabila dikatkan sedang merancang untuk meninggalkan Liverpool musim panas ini.

Bintang Senegal itu menjadi sasaran Real Madrid dan Paris Saint-Germain.

Dan dia tidak tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian baharu bernilai £11.5 juta pound (RM60.97 juta) setahun ditawarkan Liverpool sembilan bulan lalu.

Namun dia menyatakan dengan jelas, tidak tergesa-gesa manu meninggalkan juara baharu Liga Perdana itu.

Sebaliknya penyerang itu mahu membantu kelabnya menang lebih banyak gelaran dan memuji bagaimana Klopp menjadikan dia pemain yang lebih baik.

Mane, 28, berkata: “Ini adalah satu lagi langkah buat kami semua bagi mencapai apa yang kami mahukan.

“Sebagai pemain bola sepak, anda perlu menjadi profesional dan dahagakan kejuaraan, dalam cara yang bagus, untuk menang semuanya.

“Saya rasa kami ada pasukan yang hebat, kakitangan hebat dan kelab yang menakjubkan.

“Kami masih ada langkah seterusnya dan perkara besar untuk dimenangi, jadi kami tidak akan berhenti di sini.” – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This