Mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat

KUALA SELANGOR,. Jumlah mangsa banjir di empat buah Pusat Permindahan Sementara (PPS) di Kuala Selangor dekat sini terus merekodkan peningkatan apabila seramai 869 orang ditempatkan di pusat itu setakat 8 pagi ini.

Smart Selangor Command Centre (SSCC) dalam satu kenyataan berkata PPS Sekolah Kebangsaan (S.K) Parit Mahang kini menempatkan 600 mangsa daripada 167 keluarga berbanding 591 mangsa daripada 164 keluarga, semalam.

“Turut menunjukkan peningkatan ialah di S.K Pasangan, yang mencatatkan 150 mangsa daripada 50 keluarga berbanding 117 mangsa daripada 37 keluarga semalam, manakala dua lagi PPS iaitu di S.K Jaya Setia dan S. K Ijok pula kekal dengan masing-masing 47 mangsa daripada 16 keluarga dan 72 mangsa daripada 49 keluarga,” katanya.

Kenyataan itu menyebut SSCC akan terus memantau situasi banjir di kawasan terlibat selain menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )