Mangsa banjir di tiga negeri menurun – NADMA

Mangsa banjir di tiga negeri menurun – NADMA

KUALA LUMPUR,. Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi tadi, berbanding 1,319 tengah malam tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), tiga PPS dibuka di Selangor iaitu masing-masing satu di daerah Klang yang menempatkan 204 mangsa daripada 57 keluarga, Kuala Selangor (48 mangsa / 12 keluarga) dan Petaling (382 mangsa / 90 keluarga).

Di Negeri Sembilan, dua PPS iaitu di Rembau menempatkan 10 mangsa (empat keluarga) dan Port Dickson dengan 67 mangsa (tujuh keluarga), manakala di Melaka, hanya satu PPS di Alor Gajah melibatkan 48 mangsa (11 keluarga).

Sementara itu, paras air Sungai Klang di Pekan Meru, Klang (Selangor) dan Sungai Besut di Kampung La, Jerteh (Terengganu) masing-masing merekodkan tahap bahaya.

Paras air Sungai Duyong di Bemban, Melaka, Sungai Linggi dekat Pekan Linggi di Port Dickson, Negeri Sembilan serta Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor pula pada tahap amaran.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This