Maradona jalani kuarantin selepas pengawalnya ada gejala COVID-19

BUENOS AIRES,. Legenda bola sepak Diego Maradona pada Selasa menjalani kuarantin di rumahnya di Argentina selepas seorang pengawalnya didapati mempunyai gejala COVID-19, menurut pegawai akhbarnya Sebastian Sanchi.

Maradona yang kini menjadi jurulatih kelab bola sepak Argentina, Gimnasia y Esgrima La Plata, akan menjalani ujian saringan COVID-19 pada Khamis, kata Sanchi kepada Xinhua.

Awal bulan ini, Maradona yang akan menyambut ulang tahunnya ke-60 Jumaat ini diuji negatif virus itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )