MASkargo lantik Pos Aviation sebagai penyedia makanan dalam pesawat

MASkargo lantik Pos Aviation sebagai penyedia makanan dalam pesawat

KUALA LUMPUR,. MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) melantik POS Aviation Sdn Bhd sebagai penyedia makanan dalam pesawatnya yang baharu, bermula hari ini.

Pengurus Kanan Unit Kargo MASkargo Che Adenan Che Wan berkata POS Aviation akan menyediakan makanan sihat dan seimbang untuk kru teknikalnya, yang perlu menghabiskan masa yang panjang dalam operasi penerbangan.

“Oleh itu, makanan berkhasiat penting untuk memastikan mereka dapat terus memberi tumpuan semasa menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif POS Aviation Woo Kam Weng berkata syarikat mempunyai pengalaman yang luas dalam memberikan perkhidmatan katering dalam pesawat kepada pelbagai syarikat penerbangan antarabangsa.

“Kami dapat memberikan kepakaran kami dalam merancang menu untuk penyediaan dan penghantaran makanan, selain standard keselamatan makanan tanpa kompromi untuk pengalaman dalam penerbangan yang tidak dapat dilupakan,” katanya, sambil menambah, syarikat berharap dapat meluaskan kerjasamanya dengan MASkargo dalam bidang lain dalam industri penerbangan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This