Mayat reput ditemukan di pesisir Pantai Kemasik

CHUKAI,. Satu mayat hampir reput ditemukan terdampar di pesisir Pantai Kemasik kira-kira pukul 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata mayat tanpa pakaian itu dijumpai orang awam yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis.
“Keadaan mayat menyukarkan untuk kita kenal pasti jantina dan bangsanya kerana ketika ditemui bahagian kepala mayat hanya tinggal tengkorak manakala tangan hanya paras lengan, dan kaki kiri pula hanya tinggal tulang paha sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.

Katanya mayat itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.
Hanyan berkata pihaknya akan meminta bantuan daripada polis daerah lain untuk mengesan kes orang hilang dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )