MB Perak zahir ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir

MB Perak zahir ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir

IPOH,. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia dalam insiden tertembak di Sabah pada Rabu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menyifatkan Allahyarham, juga anak pelakon veteran AR Badul, sebagai seorang yang berani dan merupakan wira negara.

“Hari ini seluruh negara amat bersedih dengan pemergian Mohd Zahir yang telah meninggal dunia atas satu kemalangan program di Sabah.


“Saya berasa begitu sedih atas kehilangan yang saya anggap sebagai seorang yang berani.

“Kita faham bahawa latihan sebegitu telah selalu Allahyarham dan rakan-rakan lain lakukan, dan ini semua dilakukan bukan untuk menunjukkan kehebatan diri mereka, tetapi untuk memperkemaskan kecekapan mereka.

“Semangat yang ditunjukkan oleh Allahyarham sentiasa saya kenang dan saya doakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya kepada pemberita di Taman Perpaduan, di sini, hari ini.

Jenazah tiba di kediaman keluarga isterinya, Nour Shafinar Harun, kira-kira jam 5.45 pagi dengan disambut oleh ahli keluarga, sahabat handai dan pegawai tentera.

Hujan renyai-renyai turut mengiringi majlis tahlil dan bacaan yasin yang diadakan sebelum dikebumikan mengikut istiadat pengkebumian Angkatan Tentera Malaysia.

Terdahulu, jenazah Mohd Zahir tiba di Masjid Al Fatih di Kem Wardienburn, Setapak, Kuala Lumpur pada 1.48 pagi hari ini.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )