MBSB Bank anjur tayangan Piala Dunia FIFA Qatar 2022

MBSB Bank anjur tayangan Piala Dunia FIFA Qatar 2022

KUALA LUMPUR,. MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) akan menganjurkan MBSB Bank Football Viewing Fiesta selama tiga hari bermula esok, sempena Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang sedang berlangsung.

MBSB Bank dalam kenyataan hari ini memaklumkan program tayangan bermula 6 petang hingga 11 malam itu membabitkan perlawanan pusingan 16 terakhir di The H, Hartamas esok; Rasta, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) (Ahad); dan suku akhir di The Paddock, X Park Sunway Serene Petaling Jaya pada 9 Dis.

“Peminat bola sepak dijemput untuk menyertai keseronokan menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi,” menurut kenyataan itu.

Selain tayangan perlawanan Piala Dunia, pelbagai aktiviti turut dijalankan termasuk mengecat muka, target football dan radar speed game bagi memeriahkan suasana sebelum perlawanan bermula.

Turut dijalankan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik termasuk jersi ditandatangani bintang bola sepak terkemuka seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Kevin De Bruyne di samping foto yang ditandatangani legenda bola sepak dunia.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari www.mbsbbank.com.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This