MCCC seru pembentukan jawatankuasa bersama dengan pakar pandemik China

MCCC seru pembentukan jawatankuasa bersama dengan pakar pandemik China

KUALA LUMPUR,. Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas bersama dengan Republik Rakyat China untuk memperkukuhkan interaksi dan pertukaran antara pakar pandemik dan agensi rasmi di kedua-dua negara.

Presiden MCCC, Datuk Tan Yew Sing mengatakan kejayaan China, terutama Wuhan dalam menangani cabaran pandemik telah memberikan pengajaran yang baik mengenai kawalan yang disasarkan dengan sokongan kerajaan serta kerjasama penuh daripada orang ramai.

“MCCC mengalu-alukan sokongan China ke Malaysia dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin negara, yang tentunya merupakan bantuan yang tepat pada masanya dalam situasi sekarang.

“Kerajaan perlu mengumpulkan pakar dan bakat perubatan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi menubuhkan pasukan petugas khas anti-COVID-19 dan memperkasakan mereka untuk melakukan langkah-langkah pencegahan serta kawalan, termasuk mekanisme penyediaan vaksin dan vaksinasi,”

Tan berkata MCCC menyokong seruan kerajaan kepada awam dan industri untuk lebih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal peningkatan wabak tersebut di Malaysia.

“MCCC menyedari walaupun mempunyai SOP yang lebih ketat akan menyebabkan kesan buruk kepada ekonomi, awam serta perusahaan, kerugian jangka pendek ini adalah pengorbanan yang terpaksa dibuat bagi keselamatan jangka panjang,” tambahnya dalam kenyataan pada Ahad.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )