Media Prima lantik Iskandar Mizal pengarah eksekutif kumpulan

KUALA LUMPUR,. Media Prima Bhd melantik Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai pengarah eksekutif kumpulan berkuat kuasa esok (1 Okt).

Beliau yang berpengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang korporat akan membantu inisiatif transformasi dan pemulihan kumpulan itu, kata Media Prima dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar Mizal ketika ini menganggotai lembaga pengarah Theta Edge Bhd dan Globetronics Technology Bhd.

Selain itu, Media Prima juga melantik Pengarah Urusan Percetakan Nasional Malaysia Bhd Mohamad Abdullah sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif.

Menurut kumpulan itu, pelantikan terbaharu ini mencerminkan komitmennya untuk melaksanakan tindakan strategik bagi mempercepat wawasan menjadi syarikat dagangan dan kandungan pertama digital utama di Malaysia

Pengerusi kumpulannya, Datuk Syed Hussian Aljunid berkata: “Mereka secara bersama-sama, akan membawa pengalaman luas dan kelayakan profesional khusus kepada kumpulan.

“Kami percaya mereka akan memberi sumbangan besar ke arah menyediakan nilai kepada pemegang saham kami.”

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )