Menteri kabinet sebulat suara kekal beri sokongan penuh kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Menteri kabinet sebulat suara kekal beri sokongan penuh kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

KUALA LUMPUR,. Seluruh Ahli Jemaah Menteri sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia

Ahli-ahli Jemaah Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet hari ini.

“Ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

“Keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar daripada pandemik COVID-19,” kata kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This