Menteri Kesihatan New Zealand letak jawatan gara-gara isu langgar ‘lockdown’

Menteri Kesihatan New Zealand letak jawatan gara-gara isu langgar ‘lockdown’

WELLINGTON,.Menteri Kesihatan New Zealand, David Clark umum letak jawatan pada Khamis.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima kecaman teruk susulan tindakannya melanggar perintah berkurung dan mengkritik penjawat awam ketika negara dilanda COVID-19.

Pada pengumuman tersebut, Clark menyifatkan beliau telah memberikan komitmen penuh terhadap tugasnya.

Bagaimanapun, beliau akui tindakan untuk terus memegang jawatan akan mengganggu usaha kerajaan terhadap tindak balas COVID-19.

Sebelum itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata Clark boleh dipecat, namun perkara itu tidak dibuat ketika itu bagi mengelakkan gangguan terhadap usaha kerajaan melawan pandemik COVID-19.

Setakat ini, portfolio Kementerian Kesihatan disandang Menteri Pendidikan Chris Hipkins buat sementara waktu.

CATEGORIES
TAGS
Share This