Mesir temui makam Firaun di Minya Mesir hulu

Mesir temui makam Firaun di Minya Mesir hulu

KAHERAH, 22 Sept — Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir pada Isnin mengumumkan penemuan sebuah makam Firaun di wilayah Minya Mesir Hulu, lapor agensi berita Xinhua.

Makam itu digali oleh pekerja-pekerja Mesir yang bekerja di tapak arkeologi Tuna al-Gabal di Minya, kata Mostafa Waziri, Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti kementerian itu, dalam satu kenyataan.

Sebuah keranda batu kapur dan koleksi patung ushabti yang diperbuat daripada seramik dijumpai di dalam kubur itu, kata Waziri, sambil menambah semua kepingan berada dalam keadaan baik.

Pemeriksaan awal menunjukkan bahawa makam itu adalah kepunyaan Jahouti Umm Hoteb dari Dinasti ke-26 yang memerintah Mesir antara 664-525 SM, katanya.

Pegawai itu mendedahkan lelaki tersebut bekerja sebagai penyelia takhta, sambil menambah beliau adalah anak Hersa Est, yang kerandanya ditemukan oleh misi yang sama pada 2018.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This