Messi menyamai rekod Xavi, Barca berpesta tewaskan Huesca

Messi menyamai rekod Xavi, Barca berpesta tewaskan Huesca

MADRID: Messi menghadiahkan dua gol sekaligus menyamai rekod gol dengan Xavi Hernandez untuk Barcelona, dan pemain kelahiran Argentina itu menjadi inspirasi buat pasukannya setelah menang 4-1 kepada Huesca pada Isnin.

Messi menyamai 767 buah permainan dengan Xavi dalam semua perlawanan buat Barca dan menandakan pencapaian penting dalam kariernya, dengan hantaran hebat pada separuh masa pertama di Camp Nou sebelum menjaringkan gol lewat tepat ke sudut gol.

“Beliau pemain yang paling penting dalam sejarah Barca,” kata jurulatih Ronald Koeman. “Apa yang lebih penting ialah beliau masih bersama kami.” Antoine Griezmann kemudian menyusul dengan rembatan sudut atas sebelum Huesca membuat jaringan pertama pasukan mereka, sumbangan Rafa Mir dengan sepakan penalti dalam masa kecederaan sebelum separuh masa.

Namun Messi terus membangkitkan kedudukan Barca, melorong bola kepada Oscar Mingueza lalu menjayakan gol tandukan. Messi kemudiannya meraih skor kedua beliau dan menempatkan Catalans hanya empat mata di belakang pendahulu liga Atletico Madrid.

Dalam permainan yang menampilkan kebolehannya itu, beliau menghasilkan gol terbaik buat musim ini, dengan kreativiti, kerjasama disertai konsistensi beliau, melakar 20 gol La Liga dalam 13 musim berturut-turut.

“Beliau amat tangkas,” kata Mir dari Huesca. “Seolah-olah mereka bermain dengan seorang pemain tambahan.” Huesca kekal tercorot, empat mata dalam zon penyingkiran. Barca berjaya meraih 11 kemenangan dan satu seri daipada 12 permainan, meletakkan kedudukan menghampiri Atletico, yang bakal mereka hadapi di tempat sendiri pada May.

“Kamu memecah rekod,” kata Suarez. “Pencapaian kali ini menonjolkan diri kamu sebagai seorang pemain dan sumbangan kamu kepada Barcelona.” “Bagi kami, kamu sangat luar biasa, sesuatu di luar planet ini,” kata Neymar.

Koeman memasukkan Frenkie de Jong lagi di pertahanan tengah namun diganti pada separuh masa kedua oleh Ronald Araujo, yang pulih dari kecederaan. Messi merancakkan permainan seawal minit ke 13. Beliau menerima bola daripada Busquets lalu merembat ke pintu gol melepasi Jorge Pulido.

Barcelona mendominasi perlawanan dengan cubaan Jordi Alba namun terpesong ke tiang gol kemudian Griezmann dengan bantuan Pedri menjaringkan mata ke dua ke.

Cubaan De Jong tersasar lalu Huesc menyalakan harapan pada akhir separuh masa pertama dengan sepakan penalti. Mir yang pada mulanya gagal berganding dengan bola lorongan Ferreiro namun dihadiahkan sepakan penalti sebagai cabaran dari Marc-Andre ter Stegen. Mir berjaya meraih gol.

Namun Barca berjaya menghela nafas lega apabila Mingueza menanduk masuk gol pertama beliau hasil bola umpanan Messi, yang juga kemudiannya menyumbang gol terakhir perlawanan itu menandakan gol ke-661 beliau.

— AFP

CATEGORIES
Share This