MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di beberapa bahagian di Sarawak selama dua hari bermula 30 Dis ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pukul 1.10 tengah semalam, hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Hujan berterusan juga dijangka di beberapa kawasan di Sabah, yakni Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), serta Kudat sepanjang hari ini.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )