Michelisz sambar petak pertama Race 1 WTCR

Michelisz sambar petak pertama Race 1 WTCR

SEPANG,. Peneraju kejohanan Norbert Michelisz berjaya menyambar petak pertama Race 1 World Touring Car Cup (WTCR) Race of Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini.

Dalam sesi di tengah panas terik hari ini, pelumba Hungary yang menunggang untuk BRC Hyundai N Squadra Corse mencatatkan masa dua minit 13.748 saat dalam satu pusingan, untuk meletakkan jentera Hyundai i30 N TCR beliau di petak pertama finale nanti.

“Saya gembira dengan prestasi kenderaan, Pusingan yang dibuat adalah antara yang terbaik sepanjang karier saya, saya bermula dengan strategi agrasif tapi terhad, dan saya perlu mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya hari ini, ia prestasi yang cukup baik,” kata pemandu berumur 35 tahun itu.

Petak pertama Michelisz yang ketiga dalam musim ini memberikan beliau lima mata untuk sesi kelayakan di samping menambah mata untuknya, mengatasi Esteban Guerrieri, daripada sembilan kepada 14, menjelang Perlumbaan 1.

Guerrieri, pelumba dari Argentina, mencatatkan prestasi kurang memberangsang sesi hari ini semasa memandu kenderaan kedua BRC Squadra Corse Hyundai i30 N TCR, selepas hanya berjaya mencatatkan masa ke-10 terpantas, dan gagal meraih apa-apa mata kelayakan.

Guerrieri yang juga sedang memburu gelaran dengan 14 mata di belakang Michelisz akan memandu dalam perlumbaan pertama dari tiga berlumbaan, Ahad.

Turut gagal beraksi cemerlang adalah Yvan Muller dan Thed Bjork dari kenderaan Cyan Racing Lynk & Co 03 TCR, yang terus bergelut sepanjang musim ini.

Muller berada di tempat ke-16, manakala Bjork di tempat ke-28 daripada 30 yang akan bersaing dalam Perlumbaan 1.

Ia disusuli dengan Augusto Farfus, Nicky Catsburg (BRC Hyundai N LUKOIL Racing Team) serta Gabriele Tarquini (BRC Hyundai N Squadra Corse), kemudian diikuti dengan Frederic Vervish of Comtoyou Team Audi Sport, manakala Ma Qing Hua dari Team Mulsanne Alfa Romeo Guilietta TCR di tempat kesembilan.

Sesi kelayakan kedua WTCR Race of Malaysia akan berlangsung pada pukul 7.30malam.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This